I’m dr ann shafeera

PERSONA EXPERT

Helping You Dealing With Professional Images

Personal Coaching

Sesi khas untuk exclusive client yang nak kan personal  touch dan nasihat mengenai imej dan persona anda.

Perkongsian Di Tempat Anda?

Nak adakan program imej dan personaliti profesional di tempat anda?

Persona Expert

Yang pertama adalah tentang pembinaan persona profesional. Imej dan etiket.

Saya sangat percaya dalam apa jua kerjaya, expertise sahaja tidak cukup. Kita semua pakar dalam bidang masing-masing.

Hard skills will lead you to your dream job. But your persona will allow you to climb the ladder of your profession. Apabila semua mempunyai qualification yang sama apa yang membezakan kita?

 Fisiologi

Yang kedua saya akan berkongsi tentang pengajaran dan bidang kajian saya sebagai pensyarah kanan dan ahli fisiologi di universiti.

Sebagai seorang penyelidik juga saya dan pasukan kini giat menjalankan kajian berkenaan pencegahan diabetes & komplikasi (diabetic nephropahty) khususnya di peringkat prediabetes.

InsyaAllah, perkongsian tentang aktiviti di universiti, topik kesihatan dan prediabetes akan saya kongsikan menggunakan platform #SmashPrediabetes.

Tentang Dr Ann

Dr Farrah Shafeera @ Ann Ibrahim merupakan seorang Persona Expert yang tidak asing lagi di Malaysia. Memperolehi pengiktirafan profesional sebagai Perunding Imej Profesional Bertauliah dan Certified Dining Etiquette Consultant, beliau telah membantu transformasi imej ramai golongan professional, korporat dan pemilik bisnes. Bergelar seorang pensyarah kanan sepenuh masa di UiTM dalam bidang Fisiologi tidak menghalang beliau untuk komited memberikan sentuhan ajaib dalam membina persona dan jenama diri buat klien beliau dari pelbagai latar belakang.

Beliau memperoleh ijazah pertama di Universiti Malaya sebelum melanjutkan pelajaran di dalam bidang Fisiologi Perubatan di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kecemerlangan akademik beliau terserlah apabila dianugerahkan Ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Fisiologi daripada Monash University.

Beliau begitu utuh berpegang kepada prinsip ‘setiap individu perlu menguasai etiket dan mempamerkan imej yang baik’. Justeru, beliau ingin terus berkongsi agar lebih ramai lagi dapat mempelajari skil ini. Merupakan antara speaker utama dalam Seminar Now Everyone Can Speak (NECS) yang dikenali seminar komunikasi terbesar di Malaysia semenjak 2013.

Beliau turut aktif berkongsi pengalaman di universiti-universiti dan sektor korporat dalam dan luar negara. Memiliki pengalaman yang luas, ditambah dengan minat mendalam dalam bidang persona, imej dan etiket, Dr. Annshafeera Ibrahim kini dikenali sebagai antara Perunding Imej yang cukup versatil dan memiliki kredibiliti tersendiri.

Kata-Kata Peserta

“Apabila kita memiliki imej yang tepat, profesional maka audiens akan trust percaya kepada kita, apabila percaya mereka akan terbuka dan mengikut kita” – Pak Rendy, ESQ –

“ramai kita ada body shape yang berbeza, tapi nak kata menjadikan lebih impak dari segi lebih kemas, fit maka aura kita impaknya personaliti kita nampak jelas dimata audiens kita, paling best saya belajar dengan Dr Ann ialah  FIM (First Impression Management)” – Daie Hijrah –

“Seorang individu yang mempunyai daya penampilan merujuk kepada persona dia dan juga kepada kebolehan dia” – Chef Wan Noor, Mad About Cake-

Don’t Wait Any Longer. Start Forging Your Own Path Today!