Asslamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini topik khas aksesori untuk lelaki iaitu ketika memakai baju melayu. Semoga artikel ini bermanfaat dan selamat membaca sehingga habis.

Biasanya apabila tiba hari Jumaat, ramai kaum adam yang mengenakan baju melayu sebagai pakaian ke termpat kerja, betul? Buat kaum lelaki yang membaca, ada aksesori bonus yang boleh digayakan bagi mencipta kelainan dalam tampil lebih bergaya dengan berbaju Melayu walaupun ke tempat kerja mahupun ketika berjumpa client.

Caranya buat sup bunjut. Apa dia sup bunjut?

Bukan sup bunjut yang isteri atau ibu kita pakai di dapur tu, tetapi yang dimaksudkan adalah ‘Pocket Square’ ala sup bunjut.

Pocket square

Ianya adalah satu aksesori bagi lelaki yang kita letakkan di poket depan (seperti dalam gambar). Kebiasaannya digayakan dengan suit atau blazer.

Tapi yang tu bukan sapu tangan tau. Jangan letak pocket square, lepas makan lap mulut pakai pocket square 😂 no no ok.

Function pocket square yang sebenar adalah untuk aksesori sahaja. Ianya bertujuan untuk menampakkan kelainan si jejaka. Nampak lebih elegance and style.

Macammana nak pilih?

Bagi pemilihan warna ia boleh senada dengan baju melayu atau komplemen dengan warna sampin yang dipakai. Corak ikut cita rasa anda.

Cara nak buat mudah sahaja. Sebenarnya ada pelbagai gaya lipatan. Puff fold (lipatan sup bunjut) ini lebih kasual dan yang ini paling ringkas & mudah untuk dibuat.

Punjutkan (macam dalam gambar) dan letakkan sahaja dalam poket. Kalau takut tak stable, pin kan dari dalam dengan jarum peniti isteri.

Sekali lagi , macamana nak buat?? Punjutkan sahaja.. then selit kan di poket baju melayu.

Kalau anda dah cuba, boleh sharekan gambar ok. Insya Allah ia akan menaikkan seri anda apabila memakai baju melayu, tidaklah nampak kosong. Tips ini juga terpakai apabila tiba musim perayaan. Selepas ini dah boleh borong pocket square siap-siap hehe

Untuk baca lebih banyak artikel dan tips-tips menarik, boleh pilih tajuk dibawah