Assalamualaikum semua. Terima Kasih kerana sudi membaca artikel. Kali ini saya nak berkongsi tentang pemilihan kameja lelaki, tona warna dan sebabnya.

Sebelum tu, saya nak tanya satu soalan, hari ini anda pakai kemeja warna apa? Puan isteri yang ambilkan atau pilihan anda sendiri? Ok, sebenarnya warna kemeja yang dipilih akan memberitahu mesej mode urusan yang akan dihadiri. Setiap tona kemeja yang dipilih sebenarnya akan memberi mesej yang berbeza-beza.

Bagi kemeja lelaki, dalam urusan-urusan rasmi, di dalam sektor kerajaan terutamanya anda dicadangkan untuk memilih kemeja berwarna lembut (light colour) seperti Light blue, light green, light purple atau light yellow. Ini ialah kerana pemilihan kemeja berwarna lembut akan memberi mesej formal. Kemeja putih tanpa warna adalah yang paling rasmi. Semakin cerah atau putih semakin rasmi pemakaian kita.

Dan apabila semakin gelap baju kemeja yang kita pakai, kita akan kelihatan less formal dan lebih santai. Ia menjadi kurang serius dan tidak sesuai untuk majlis-majlis yang lebih formal. Jadi pastikan kemeja yang dipilih bersesuaian dengan urusan yang ingin kita hadiri, tempat dan acara pada hari tersebut.

Cara berpakaian juga sebenarnya adalah antara tanda bahawa kita sangat menghormati institusi atau tempat bekerja atau majlis yang dihadiri. Kita serius akan tugas yang diberikan. Tugas yang sedang kita berurusan dan kita menjaga penampilan supaya pekerjaan atau urusan kita dapat diselesaikan dengan sempurna.

Ada yang tanya soalan, bagaimana kalau baju stripe atau berjalur? mana yang lebih formal dan mana yang tidak? Saya akan kupas dalam artikel seterusnya. Tunggu..

Semoga artikel ini memberi manfaat berguna kepada anda. Tunjukkan juga pada pasangan (terutama isteri) supaya mereka juga faham dan tahu panduan pemilihan tona dan warna baju yang penting ini. Semoga bermanfaat. Jangan lupa ikuti saya di Media Sosial seperti di Facebook, Instagram, Youtube & Telegram untuk dapatkan lebih banyak tips tentang imej & persona.

Terima Kasih

social media dr ann media sosial