Assalamualaikum pembaca blog saya yang dirahmati. Hari ini saya nak berkongsi topik yang best iaitu tentang pemakaian hijab. Banyak cara, stail dan teknik ikatan, lipatan dan sebagainya. Tapi teknik yang saya akan ajar ini fundamental mudah untuk kita gayakan pemakain hijab kita secara berobjektif dan bersebab. Jom kita mulakan.

Tips pemakaian hijab mengikut stail K.I.M yang profesional ini dimulakan dengan akronim ‘K’ iaitu Kemas.

K – Kemas. dalam pemilihan pengayaan hijab, yang paling penting dan asas ialah kemas. Tidak kira apa gaya ikatan yang penting ialah Dalam pemakaian tudung, kelihatan kemas adalah yang sebaiknya.

Untuk tips yang kedua ialah akronim ‘I’ iaitu Ikatan.

I – Ikatan yang minimal. Untuk setting professional, pastikan ikatan hijab anda adalah yang simple dan minimal. Jangan ikatan yang rumit dan nampak sarat. Ia akan kelihatan tidak profesional jika terlalu banyak ikatan pada hijab anda.

Dan yang terakhir ialah akronim ‘M’ iaitu Muka.

M – Gaya hijab pilihan perlulah mengikut bentuk muka untuk kelihatan lebih cantik dan padanan yang sesuai. Ada Cikpuan yang mempunyai bentuk muka bulat, mungkin tidak sesuai untuk ikatan cara A tapi sesuai cara B dan sebaliknya. Sesuaikan dengan rupa bentuk muka Cikpuan semua supaya ia kelihatan smart, firm dan kemas.

BACA JUGA: 5 Koordinat tubuh untuk haruman kekal lama

Dalam artikel ini, anda akan belajar tentang bagaimana nak gunakan haruman perfume dengan betul dan 5 hotspot yang kita boleh letakkan supaya perfume kekal tahan lama baunya.

Insya Allah saya akan ulas lagi berkaitan hijab di lain artikel. Nantikan ya.

Semoga bermanfaat. Ikuti saya di social media untuk lebih tips dalam imej dan persona.